Monday 24 June 2013

~Resipi Aiskrim ala WaLLs~~

Morning!!
haaaaa....mcm biasa la...blog sekadar di pinggiran ni...ikut suka rasa je bila nak hapdate kan...hehe
okla..kali ni hakakk ton nak share resipi eskrem ala walls...malu gak kak ton nak share resipi ni sbb resipi ni simple je...resipi ni pun org lain yg share...meh la tgk acane nak wat~~

Ok untuk bahan2 kita perlukan 
1. secawan coffeemate
2. secawan susu segar (ikut suka perisa apa..utk kali ni i guna flavour coklat)
3. biskut Oreo (ini pun terpulang pada kita nak letak apa...boleh guna coklat cip...nak letak strawberri ke ape2 je la)
4. gula secukup rasa

Bahan bahan yang diperlukan
ikut berapa banyak sukatan la yang kita nak buat kan....ini buat satu tupperware je..kalau nak byk...tambah je susu dan coffeemate tu...sukatan secawan susu secawan coffeemate..kalau nak buat byk  buat la 5 cawan susu 5 cawan coffeemate ke...boleh bagi jiran2 satu taman kan...hehehe...ok..meh tgk step2 seterusnya

step pertama - blend susu dan coffeemate dan boleh letak gula secukup rasa....blend sehingga sebati (ayat mastechef sgt..hikk)




ok...step 2 - setelah sebati adunan td....masukkan dlm mana2 bekas ikut kesesuaian dan terus masuk ice box selama 3 jam (ikut petua tauke punya resipi)



ok...selepas 3 jam...keluarkan balik aiskrim tadi(masa ni masih belum beku sepenuhnya) dan kita blend balik...masa blend kedua ni terpulang nak letak apa dlam aiskrim td...hakak kali ni menggunakan oreo yang telah diblend...blend sekali dgn aiskrim td...pastu masuk balik dlm bekas dan tunggu sehingga beku dan tadaaaaaaa.....dah boleh dinikmati bersama keluarga!!hehehehehehe

Eh..tetiba da siap dalam bekas lain...suka hati kak tonn je kannnnn~~~



haaaaa....senang kan...pasni rasa2 tibe2 nak makan eskrem tp malas nak g kedai....boleh la buat sendiri kan..hehehehe...ok la selamat mencuba uolls~~












Tuesday 12 February 2013

Zara - one year old~

Assalammualaikum
hehehe~~cian la blog ni
ade tuan cm xdek je kan
sesuka hati je nak hapdate ke x hapdate ke kan
lagi pun tah ade dok org baca~~ngeeee
so utk entry kali ni sesaje la nak share photoshoot Nur Zara Iman
photoshoot sempena zara da setahun uolls~~kejap je anak i da setahun~
tapi masa photoshoot macam  biasa la~~mama je la yang overpose~~ayah ngan zara layaaaan je la~
photog weoll amik membe ofis n husband dia jek~~sebek la mereka sporting nak layan si zara yang diva ni~payah beno nak senyum~buat muka serius dia jek~tapi bile camera off dia leh bantai gelak2 riang plak~saboooo je la~~so meh la tgk2 gamba yang we oll amik~~








Add caption







Wednesday 31 October 2012

alooohaaa~me da jadi mama

mak oiiiiiiii~~~da bersawang2~~labah2~~spider eh..same la tu sume da ade ni ha~~
berjanggut x hapdate  blog~hehehehe~~hapdate2 je da beranak plak kan~~hik hik hik
Our Princess day one - 8 Feb 2012
masa ni da genap one month =)




gambar paling latest sekali..makin hari da berubah wajah dah..hehe
alhamdulillah 8 bulan yang lepas telah dianugerahkan seorang puteri pengikat kasih kami suami isteri yang diberi nama Nur Zara Iman Bt Mohd Norhafez yang dilahirkan pada 8 Februari 2012 pada jam 11.05 pagi(ayat karangan gitu..hehehe)....i oll bersalin ceaser sbb baby breech so x dapat la nak rasa constraction ke..pecah air ketuban ke..sbb masuk wad pun secara menyerah diri dan ditolak ke OT dengan sangat tenang sekali~huhuhu~x terasa terampun dosa plak sbb bersalin x sakit langsung cume lepas operate tu mak oiii pnye la payah nak jaga kan..kan...huhuhu...lain sangat perasaan lepas da jadi mama ni~rasa happy n rasa da complete sebagai wanita~~cheeewaaaah~~buat ape2 pun mesti ingat anak je~pergi shopping mall tempat first dituju mesti section baby pastu men hamikk je x tgk harga langsung~mmg x terasa ape pun kolo beli ape2 untuk anak~em..tatau nak cite ape lagi..insyallah kolo rajin i hapdate lagi okehhhh...hehehehe...lap u olls(ayat nak retis...hehe)

Thursday 9 June 2011

ohoiiiiiii~~~~

haluuu u'olls
ha..lama x hapdate nih~~
bukan xmo hapdate~~tp tatau nk hapdate ape~
tula~~org nk berblog~~dia pun sebok nk berblog jugak~~
em..ni nk cite la skit pasal Dinner MAMPU baru2 ni di Dewan Seri Siantan, PJH pada 7 Jun 2011 hari tu~~
heee~~dinner kali ni nervous len macam skit u'oll
sbb akak kene menari la plak utk persembahan pembukaan~~
can u believe it~~i menari u'ollsss~~hohohohooho
em..ktrg sbnarnya da lama praktis tp dinner asik postpone2 tarikh je~~bile da tau tarikh kompem 
ktrang ade seminggu je utk praktis~~org dari 10 orang pun da jd 5 orang je tinggal u'olls~~
em...bayangkan la aku ni ngan kayu nye lagi~~haisssh~~redho je la~~
nak2 kali ni dtg berdua pulak~~ahaks~~lagi la bertambah2 malu nye~~
tp wat muka tatau malu je la~~heeeeeee
ha..masa persembahan sebenar tu~~hambeeekk ko~~tak rasa terpijak kaki ni kt pentas tu la
maluuu nye jangan ckp la~~siap lupa2 step lagi kt atas pentas tu~~
tp pelik gak sbb sume ckp ok~~heeeee~~tgk dr jauh kot~~
haaaa....xmo ckp banyak~~layan je la pic2 ngan video masa kt dinner tu~~hehehe
gambar ni curi dari http://iqbalmakmor.blogspot.com/~~hehehehe

~Door Gift~

Suasana Dewan

Ahaks~~ce Teka Saya Di Mana~~hahaha




Hadiah Lucky Draw~~ahaks~leh la wat shopping~~heee


Wednesday 25 May 2011

status : Married~~

hohohohoho
Da berabad x update blog nih
hampir2 terlupa plak ada blog...huhuhu
last update rase2 sebulan sebelum nikah x silap
skang ni da kawen da pun~~
Alhamdulillah da selamat bergelar isteri pada En.Mohd Norhafez bin Md. Noh
Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar walaupun sehari sebelum sanding tu~~ade la insiden2 yang men'saspen kan~~yg hampir2 wat down pun ade~~tapi sebek sume masalah tu settle dgn jayanya
em...nak cite la ni~da kawen ni rase lain da~~tanggungjawab pun berat da
kalau dulu balik uma~ makan~ terbungkang jap tgk tV~~baru mandi pastu tido
skang ni x dapat da la cik oiiiii~~balik2 nk pikir masak ape lagi~~nk kemas uma lagi~~nk gosok2 baju
kolo dulu gosok baju sorang~~ni da double baju kene gosok~~da settle2 baru la leh tido~~tp xdapatla nak tido kul 9- 10 malam cm masa dok kt uma mak dulu~kadang 1 pagi baru dapat tido~~
haaaaaa~~~baru tau cane rase~~
ha..ok la~~nanti leh ce cite lagi~ni nk tunjuk la skit gamba2 wedding yang abg photographer tagged kt facebook~~ En. Yusdi Yusoff~~kolo berminat leh la terus direct kt dia kt FB~~gmba2 dia sgt santeeek
tp ni baru skit je la~yg full mungkin lambat lagi siap~~
By the way di kesempatan ni nk ucap trimas byk2 especially kt mak abah sbb pening2 pale wat kenduri, sedara mara yg byk menaja segala~~dan kawan2 yang sanggup cuti utk datang nikah n wedding i~~lap u oll so much la~~heee~~peace~~love







Tuesday 19 April 2011

Petua Menawan Hati Pasangan menurut Dr Hj Fadzilah Kamsah

haluuu u'olls

huhu...jantung ni da stat dup dap dup dap da
em...tup tup da tinggal lagi 9 hari je lagi~~ngeeee
nebes~~nebes~~hohohoho

so..da nk dekat2 ni saje la godek2 bahan bacaan untuk tambah ilmu pengetahuan...hehehe
so ni nk share petua menawan hati pasangan menurut Dr Hj Fadzilah Kamsah
i pun mmg minat sgt2 ngan Dr Hj Fadzilah Kamsah ni~~
teringat masa kursus ngan dia dulu2...syoooooook wooooo~~




so~ ce baca skit tips2 yang beliau berikan~~


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. jarang orang bertemu dengan orang yagn berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5, Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.




7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus bersedia untuk bertemu dengan pasangannya bila2 masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah penting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. 

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. 

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya

12. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

13. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

14. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana intim dengan segera agar bakal pasangan anda rasa selesa.

15. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita. 

16. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang lain benci kepada kita. 

17. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan, jangan sesekali mengutuk atau memalukan pasangan.

18. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita. 




19. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut. 

20. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

21. Fahami bahawa lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperincii dan banyak yang tersirat.



okeh..ni antara skit kite share okeh~~nanti2 leh smbung balik~untuk renungan bersama`
~renung-renungkan dan selamat beramal~~

Wednesday 30 March 2011

1 MonTh 2 Go~~

halooo2
huhu~~hari ni da penghujung Mac suda
esok suda masuk bulan yang ditunggu2 (cheeeewaaah)
tinggal kurang sebulan je lagi untuk aku menukar status single ke married..heee
so...arini nk try wat checklist skit~~mane tau ade yg missing lagi ke~~

BARANG HANTARAN


Ni Hantaran masa tunang dulu
pihak lelaki hantar sebelas dulang so kene la balas 13 dulang

1. Baju - Done
2. Kasut - Done
3. Set Wallet n Belt - Done
4. Perfume - Done
5. Shaver Set - Done
6. Towel - Done
7. Tafsir Al-Quran - bulan ni baru nak g beli
8. Sejadah - baru nak beli gak
9. Buah2 - 2-3 hari nak kawen baru beli
10. Cheese Cake - Kak Shae (MOX) nak sponsor~ngeh2
11. Sirih Junjung - esok kawen~~harini baru nk wat boleh
12. Coklat - pun xleh beli awal2 gak
13. last skali ni tatau g nak bagi ape~~hohoo~~

BAJU PENGANTIN, MAKEUP DAN PELAMIN







Hari tu da cite baju pengantin yg x brape nak memuaskan ati dr mak andam yg da ditempah tu~~
hoho~~memandangkan da beli beberapa barang colour purple nak tak nak payah gak nk tuka tema~
so still kekalkan colour purple tuh~~tapi xla pakai baju yg dia buat aritu~
sewa lain u'olls~~smpai seremban i cari baju sewa~
jupe gak baju mcm yg diingin2 kan~~xpela bayar lebih skit~sekali seumur hidup je kot insyallah~~
tapi xsedap nak mintak kurang kt mak andam asal~kang dia masam lak
masam jugak makeup i masa kawen nanti~~xnak la cmtu okeh~
so mintak replace baju sanding ngan baju nikah or baju persalinan~
persalinan lelaki still amik kt dia gak~~sbb aku sewa baju aku sorang je
baju laki xde masalah...huhuhu
Pelamin~mak andam cakap nk wat pelamin panel~
so mungkin xde masalah kt situ~~insyallah~~

Sekadar Gamba Hiasa

n last for make up ~hope sangat nmpak cantik on that day~~toloooong ye kak~~

CATERING

Bab katering ni ~~ mak ayah aku uruskan~~
amik katering time sepupu aku kawen aritu~
insyallah orang makan puas hati~



emm...takat ni je la dulu kot~~ade ape2 lagi yang tinggal ke ek???
tapi ni yg penting WAJIB  ada  masa kahwin..huhuhu
owh~~ade lagi satu~~KAD JEMPUTAN DAN CENDERAHATI~~
hehehehe..kad tu mungkin start esok da nak kene edar da kot~~
cenderahati tu pulak~~rahsiaaaa~~nak tau~kena dataaangg..hehehehe