Tuesday 19 April 2011

Petua Menawan Hati Pasangan menurut Dr Hj Fadzilah Kamsah

haluuu u'olls

huhu...jantung ni da stat dup dap dup dap da
em...tup tup da tinggal lagi 9 hari je lagi~~ngeeee
nebes~~nebes~~hohohoho

so..da nk dekat2 ni saje la godek2 bahan bacaan untuk tambah ilmu pengetahuan...hehehe
so ni nk share petua menawan hati pasangan menurut Dr Hj Fadzilah Kamsah
i pun mmg minat sgt2 ngan Dr Hj Fadzilah Kamsah ni~~
teringat masa kursus ngan dia dulu2...syoooooook wooooo~~




so~ ce baca skit tips2 yang beliau berikan~~


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. jarang orang bertemu dengan orang yagn berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5, Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.




7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus bersedia untuk bertemu dengan pasangannya bila2 masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah penting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. 

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. 

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya

12. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

13. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

14. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana intim dengan segera agar bakal pasangan anda rasa selesa.

15. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita. 

16. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang lain benci kepada kita. 

17. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan, jangan sesekali mengutuk atau memalukan pasangan.

18. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita. 




19. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut. 

20. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

21. Fahami bahawa lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperincii dan banyak yang tersirat.



okeh..ni antara skit kite share okeh~~nanti2 leh smbung balik~untuk renungan bersama`
~renung-renungkan dan selamat beramal~~

No comments:

Post a Comment