Wednesday 30 March 2011

1 MonTh 2 Go~~

halooo2
huhu~~hari ni da penghujung Mac suda
esok suda masuk bulan yang ditunggu2 (cheeeewaaah)
tinggal kurang sebulan je lagi untuk aku menukar status single ke married..heee
so...arini nk try wat checklist skit~~mane tau ade yg missing lagi ke~~

BARANG HANTARAN


Ni Hantaran masa tunang dulu
pihak lelaki hantar sebelas dulang so kene la balas 13 dulang

1. Baju - Done
2. Kasut - Done
3. Set Wallet n Belt - Done
4. Perfume - Done
5. Shaver Set - Done
6. Towel - Done
7. Tafsir Al-Quran - bulan ni baru nak g beli
8. Sejadah - baru nak beli gak
9. Buah2 - 2-3 hari nak kawen baru beli
10. Cheese Cake - Kak Shae (MOX) nak sponsor~ngeh2
11. Sirih Junjung - esok kawen~~harini baru nk wat boleh
12. Coklat - pun xleh beli awal2 gak
13. last skali ni tatau g nak bagi ape~~hohoo~~

BAJU PENGANTIN, MAKEUP DAN PELAMIN







Hari tu da cite baju pengantin yg x brape nak memuaskan ati dr mak andam yg da ditempah tu~~
hoho~~memandangkan da beli beberapa barang colour purple nak tak nak payah gak nk tuka tema~
so still kekalkan colour purple tuh~~tapi xla pakai baju yg dia buat aritu~
sewa lain u'olls~~smpai seremban i cari baju sewa~
jupe gak baju mcm yg diingin2 kan~~xpela bayar lebih skit~sekali seumur hidup je kot insyallah~~
tapi xsedap nak mintak kurang kt mak andam asal~kang dia masam lak
masam jugak makeup i masa kawen nanti~~xnak la cmtu okeh~
so mintak replace baju sanding ngan baju nikah or baju persalinan~
persalinan lelaki still amik kt dia gak~~sbb aku sewa baju aku sorang je
baju laki xde masalah...huhuhu
Pelamin~mak andam cakap nk wat pelamin panel~
so mungkin xde masalah kt situ~~insyallah~~

Sekadar Gamba Hiasa

n last for make up ~hope sangat nmpak cantik on that day~~toloooong ye kak~~

CATERING

Bab katering ni ~~ mak ayah aku uruskan~~
amik katering time sepupu aku kawen aritu~
insyallah orang makan puas hati~



emm...takat ni je la dulu kot~~ade ape2 lagi yang tinggal ke ek???
tapi ni yg penting WAJIB  ada  masa kahwin..huhuhu
owh~~ade lagi satu~~KAD JEMPUTAN DAN CENDERAHATI~~
hehehehe..kad tu mungkin start esok da nak kene edar da kot~~
cenderahati tu pulak~~rahsiaaaa~~nak tau~kena dataaangg..hehehehe

Sunday 20 March 2011

hampa~kecewa~~

moning u'olls
huhu~hari ni rase cm x bersemangat skit
rase risau2 yg bertambah2 pun ade gak~~
nape??sebab baju penngantin ku lah~ape lagi
al-kisah semalam, mak andam sms ckp baju yg dia buat khas konon2 da siap
ikut tema purple la katenye~~em..dlm bayangan da bayang yg cantik2 sbb da bajet nk baju ala2 jubah labuh terbelah tu~~



Baju yg dibayang2 kan

alih2~~bile sampai je kedai mak andam tuh~~dia tunjuk je baju~adoiiiiiii~~nak nangis rase
x cantiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkk~~~~
then, try gak la sarung~~haruuuuuuuu~~terserlah kegemukan~~dan kekatikan secara tibe2~~
huhuhu~~da down gile rase~~tapi x smpai hati nk ckp x cantik terang2 an~~
tapi rase muka aku pun da cukup menjelaskan yg aku tak nak!!tak nak!!tak nak!!pakai baju tu
terus la aku cakap nak tukar tema la cm ni sebb tibe2 terpandang satu baju yang agak cantik dan moden jugak la~~ade dua pasang~~satu colour kuning terang~~dan satu lagi gold2 skit
yang kuning tu cutting moden skit~~yang gold ala2 cm yang aku nak la~~


cmi ni la ala2 yg aku nampak kt kedai tu~xdela same~~tp lebih kurang la

alih2~~terus kompem tuka tema~no purple da~~terus tuka gold or yellow tu~~mak andam nk outer dulu baju tuh~then g try lagi nanti~~aiyooooh akak~~lagi sebulan je nih~~jgn la wat i cuak~~huhuhu

Wednesday 16 March 2011

blushingg~~ngeeee

haloo2
huhu~~
hari ni malu sangat2~
tula~~lain kali kolo bos ade kt ofis + meeting internal je
jangan ngade2 nk buat keje lain~~
ngeeee
alkisah~my Mr.DD de meeting dimana bilik meeting nye cume depan mata jek~~ahaks
diri yg kebosanan ni pun mula la terus bukak youtube tgk cite 'cerekarama' (last week pergi bersosial x smpat nak tengok) tgk pun sbb my pren anis n noriah ckp cite ni best~lakonan fasha sandha ngan roy azman~
tajuk dia berkalung noda

elok2 da part klimaks ni~scene fasha nk jadi gile ngan muka serabai tu~tibe2...taraaaaaa
Mr.DD muncul di depan mata~time tu cursor tah kemana plak~x smpat nk minimize u'olls
ape lagi~dengan steady je Mr.DD cakap " hey u~~ape tuuu~~x baeeek uuu" haaaa....alamaaaaaaaak
mana nk sorok muka nih~~~

maluuuuu i tau~~~~


ape lagi...wat muka x bersalah je la(padahal da blushing gile da nih)~~terus leh minimize lak...hohohohoho...memang tau PC ni~jahat tau~~ape lagi terus wat2 rajin je la~bagi dokumen tu~~dokumen ni~~wat call
(tah dokumen ape aku bagi kt dia tah...ngaaaaaa~~~~)
so moral of story :don't watch youtube while your boss at office>>
maaciiih~~

Monday 14 March 2011

laPoran HujUng MinGGu

halooo2
huhu~~em..kebosanan sungguh hari ini~~
kena jadi PA ganti untuk pengarah pulak~
coz PA yg sebenar telah berangkat menunaikan ibadah umrah pada hari ini~~
he..to Kak Nida~~moga selamat menunaikan umrah ye disana nanti
jgn lupa ye doa untuk saya makbul~~he...wajib saya belanja kak Nida...insyallah~~
berbalik pada topik utama~
weekend yang lepas dimana tarikh kejadian sebenar adalah semalam~
saya dan bakal suami tercinta telah merancang ke MATTA FAIR yg diadakan di PWTC yang diadakan pada 11-13 Mac 2011~



Kami bergerak dari rumah pukul 9 pagi untuk memastikan tiba di PWTC sebelum pukul 10 pagi sebab MATTA FAIR start pukul 10..ingatkan kami yg terawal da smpai~~ropenye da ramai org da~siap parking full lagi~pukul bape dorang dtg agak nye ek~~last2 ada gak parking~tp bayar~~aiyooooh~~da nk sama ngan harga tiket wayang~RM8 uoll~~hohohoo~
tapi nk senang parking malas nak pusing2 punye pasal~pejam mata je la bayar
hohohohoho
da masuk2 kena bayar lagi jugak~per entry untuk org dewasa 3 ringgit~so 2 Orang RM6 ringgit~
betol la kata pepatah sekarang ~nothing is free in this world~huhuhuhu
so kt sana~macam2 promotion dorang wat~~untuk seluruh negeri kt Malaysia dan juga kt Luar Negeri
tapi kami amik pakej dalam Malaysia dulu la~~Cuti-cuti Malaysia gituuu~~hehehee

nak tau kami amik pakej ape~~he...tunggguuuuuu~~xleh bgtau skang...hehehehehe

Tuesday 8 March 2011

~~fesyen untuk hari ini~~

halooo2
hee..hari ni tetibe rase nk menukar fesyen
mula2 takut gak sebab rase macam pelik
tapi kolo x try mane tau kan~~
dan hasilnye seperti di bawah~~~
































heee....so cane~~okeh tak~~
em..x okeh pun kene cakap okeh gak~~
hahahaha
okey...itu saje buat hari ini~~
~love~

Thursday 3 March 2011

44 pantang larang bakal pengantin

ehem~~ehem

em..memandangkan sekarang ni ngah sebok untuk preparation hari bahagiaku...em..saje la godek2 internet untuk cari tips bakal pengantin...godek nye godek...terjumpa artikel ni....meh same2 bace meh...

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.


8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.


12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.


21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
~utk pengetahuan saja…





assalamualaikum~~~halooo2~~

halooo~~`
weeee.....
selamat datang ke dunia yg penuh merah jambu~~